Biografi Awi Rafael

Latar belakang

Awi Rafael atau nama penuhnya Muhammad Namawi Ewan Bin Gunawan Rafael dilahirkan pada 23 Julai 1986 dan dibesarkan di Singapura. Merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik, Awi mula menulis lagu seawal usia 13 tahun. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Rendah Dazhong, Sekolah Menengah Kranji dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Politeknik Temasek dalam jurusan Undang-undang & Pengurusan.[1]

Kerjaya

Awi merupakan bekas vokalis utama Bhumiband, sebuah kugiran yang berasal daripada Singapura yang pernah memenangi Album Terbaik (Suara Dunia) dan Lagu Terbaik Singapura (Oh Kasih) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2005. Band ini juga pernah popular dengan lagu "Goda" (diambil dari filem Remp-It).[2] Pada tahun 2014 beliau meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-28 apabila meraih tempat ketiga menerusi lagu hits "Kalau Aku Kaya" ciptaan Altimet. Beliau juga mencipta dan menerbitkan lagu hits debut penyanyi Aman Aziz yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim 11. Beliau juga turut terlibat dalam pembikinan album Datuk Siti Nurhaliza, Fragmen di mana beliau menyumbangkan lagu yang bertajuk "Mula dan Akhir".

Beliau juga pernah bekerjasama dengan Altimet menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[3]